Isnin, 25 November 2013

Isu hangat: Pasar Yang Paling Mengerikan Dan Meloyakan

Isu hangat: Pasar Yang Paling Mengerikan Dan Meloyakan: Pasar Beriman Tomohon di Sulawesi Utara, sekilas pandang kelihatan seperti pasar tradisional seperti kebiasaannya. Ada yang menjual...

Rabu, 20 November 2013

Kongsi je...

Tahukah anda syarikat kereta di Jepun akan berusaha keluarkan model baru kereta setiap 5 tahun? Hal ini kereta menjadi kebiasaan orang Jepun menukar kereta selepas 5 tahun memakainya dan untuk pengetahuan anda,orang Jepun hanya memerlukan masa setahun setengah hingga 2 tahun untuk membayar hutang kereta mereka.

Ok,taknak berleter pasal harga kereta dan pendapatan Jepun,kita buka segmen lain.

Turunkan harga kereta dan aku sangat sangat bersetuju dengan tajuk ini sebab harga kereta Malaysia sangat mahal sebab nak selamatkan Proton. Tapi aku terfikir, instead mereka berkempen turunkan harga kereta,lebih baik mereka(kerajaan) berusaha perkemaskan sistem pengangkutan awam.

Kelebihan Pengangkutan Awam:

Semua orang boleh guna dan lebih murah dari sebiji kereta 'tin milo'. Dengan public transport, makcik yang jual etok pun mampu pergi ke pasar tani untuk menjual etok berbanding jual di bangsar depan rumahnya yang tiada orang lalu-lalang.

Tiada kesesatan lalu lintas,tiada tol yang sangat mahal,tak payah bimbang kerajaan nak turunkan harga RON95 atau RON97,tiada RnR yang bila parking tetiba tayar bocor panggil pomen harga mahal,tiada penunggang motosikal!(aku fobia dengan penunggang motosikal sebab aku pernah dilanggar dari belakang,well,salah aku memang salah aku tapi salah dia gak) Tiada masalah pakcik yang pandu slow macam kura-kura-kuri.

Budaya berjalan(exercise) dapat dipupuk dalam masyarakat. Aku percaya dan yakin, sebab utama orang Jepun hidup lama salah satunya ialah budaya berjalan mereka. Kalau korang datang Jepun,korang boleh tengok makcik pakcik yang alahai~~~ Em...Better aku tak payak describe tapi memang umur dah 100 pun,still nak berjalan-jalan lagi. Malaysia panas la Cerah,tak macam Jepun,lagipun tengok Jepun musim panas,berapa ramai pakcik makcik yang ko explain tu mati? Ya,aku tahu Malaysia panas,then why not kita demand loron jalan kaki berbumbung dari kerajaan? Aku bayar kot tax 6% beli KFC, hak aku tu,aku bayar suruh buat kebajikan aku bukan beli beg tangan,cincin atau sewa panda. Hah!

Perlaksanaan :

Sebelum aku mengarut soal pengangkutan yang macamana,ada 1 benda yang sangat penting yang perlu Kerajaan buat sesuatu sebelum buat sistem pengangkutan awam yang berkesan iaitu pastikan Malaysia negara yang selamat dan aman! Pastikan orang ramai boleh pegang iphone dengar lagu Rosalinda Ayyamor sambil bertwitter di tepi jalan raya,pastikan Cik Kiah Jonggol boleh pakai rantai tangsten yang dicelup dengan emas dan pastikan adik Bon mampu berjalan pergi ke tadikan dengan kawan-kawan tanpa pengawasan ibu bapa sambil menyanyi lagu Bangau Oh Bangau! (Mungkin sebab ini mustahil kerajaan guna pendekatan turunkan harga kereta)

Aku tak rasa Malaysia mampu buat Subway(Tahukah anda Subway Malaysia tidak mendapat sijil halal? Sila makan roti ikan dan udang sahaja di Subway) sebab aku ada dengar,undang-undang tanah Malaysia; Empunya berhak ke atas tanah tersebut dari 7 petala bumi hingga 7 petala langit. Jadi parah kerajaan nak bayar wang pampasan kat semua orang. Ke fakta ni salah,budak law sila betulkan. Jadi aku rasa, satu-satunya cara nak perkemaskan pengangkutan awam Malaysia ialah tiru Korea Selatan,sediakan jalan bas sahaja.

'Dah ada dah Cerah,ko je tak tahu tapi masalahnya orang still masuk jalan tu!' Then pasang tiang pemisah jalan yang plastik warna oren tu,tak boleh? Dan JPJ sila saman orang yang ceroboh masuk jalan bas dengan saman yang sangat mahal,mungkin RM1k?

'Ala,membazir jalan la sebab bas bukan lalu selalu...' Buat banyak perhentian dan tambah bilangan bas,kalau kat Korea Selatan,kalau tak silap aku,selang 5 minit akan datang bas dan setiap bas tak berhenti pada perhentian yang sama. Ada perhentian yang sama-sama berhenti dan ada perhentian yang tak sama-sama berhenti. Well, kita kan ada student Malaysia kat Korea,why not pay them to do research bout this?

P/S: mat kacau bukan membangkang tapi memberi pandangan untuk kebaikkan semua."rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan"

Mualaf maut didera

Nur Salina
KUAH - Seorang remaja mualaf yang koma dipercayai akibat didera disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi, jam 8.40 malam semalam.

Mangsa, Nur Salina Abdullah, 18, sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi pada Ahad lalu selepas tidak sedarkan diri.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, Asisten Superintendan Mohd Shamsul Nawi berkata, ketika mendapatkan rawatan, doktor menemui pelbagai kesan lebam di keseluruhan bahagian tubuh mangsa.

Menurutnya, pihak hospital kemudiannya membuat laporan polis kerana kesan kecederaan yang dialami dipercayai akibat penderaan.

"Bertindak atas laporan yang dibuat, polis menahan reman pasangan suami isteri yang juga keluarga angkat mangsa.

"Berdasarkan siasatan awal, keluarga ini dikatakan berpindah ke Langkawi sejak setahun lalu dan mengusahakan perniagaan makanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Shamsul berkata, sehingga jam 10 malam tadi, bedah siasat masih lagi dijalankan oleh pihak hospital.

“Pemeriksaan memerlukan masa untuk melihat pelbagai aspek yang menyebabkan kematian mangsa.

“Setelah selesai bedah siasat, pihak kami akan menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi untuk urusan pengebumian mangsa, ini adalah atas permintaan ayahnya yang mahukan yang terbaik bagi anaknya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang ditahan reman adalah majikan kepada mangsa iaitu sepasang suami isteri dan dua orang turut ditahan iaitu anak mereka yang berumur 16 dan 21 tahun untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Nai Koi See, 42, menyerah kepada pihak berkuasa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu anaknya itu dua tahun lalu ketika selesai mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Anak saya yang nama asalnya Nai Ah Nung (Nur Salina) tinggal bersama ibu saya sejak berumur enam tahun sehinggalah dia mengikut jiran kami ke Pulau Pangkor, Perak.

"Saya ada cuba menghubungi dia awal tahun ini untuk bertanya khabar menerusi telefon tetapi tidak berjawab,” katanya.

Koi See berkata, dia dimaklumkan anak bongsu daripada dua beradik itu memeluk agama Islam Januari lalu selepas tinggal bersama keluarga angkatnya kira-kira dua tahun.

Menurutnya, dia sering teringat kepada anaknya itu namun tidak menganggapnya sesuatu yang pelik dan tidak menyangka ia adalah petanda bakal kehilangan anaknya.

"Saya menerima segala kejadian ini dan menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menguruskan jenazahnya secara Islam,” katanya.

Katanya, keluarganya cukup mengenali pasangan yang menjadi keluarga angkat anaknya itu dan tidak menyangka hal ini akan terjadi.

Selasa, 19 November 2013

Kereta Lebih 12 Tahun : Baca Betul-Betul dan Fahami

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan telitisebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu.

Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Ahad, 17 November 2013

AL FATIHAH ALLAHYARHAM KPL AHMAD ZAIDI BIN MANAN BATALION 11 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BATU KAWA KUCHING SARAWAK TRAGEDI BOT KARAM LUNDU

AL FATIHAH
ALLAHYARHAM KPL AHMAD ZAIDI BIN MANAN
BATALION 11 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BATU KAWA KUCHING SARAWAK TRAGEDI BOT KARAM LUNDU

YA ALLAH AMPUNI DOSANYA KASIHANI DAN SEJAHTERAKANLAH DIA MAAFKAN KESALAHANNYA,MULIAKANLAH KEDATANGANNYA,LAPANGKANLAH KUBURNYA DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM KPL AHMAD ZAIDI BIN MANAN
DARI KAMI WARGA POLIS HUTAN PASUKAN GERAKAN AM POLIS DIRAJA MALAYSIA


JANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!



Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

Minta bantuan orang lain. Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.



Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Rujukan :

1.http://www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
2.http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
3.http://www.dontshake.org/
4.http://en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Penyebar fitnah tampil mohon maaf

Penyebar fitnah tampil mohon maaf
IPOH - Individu yang menyebarkan fitnah kononnya Restoran Nasi Vanggey Greentown menggunakan najis manusia sebagai pelaris menerusi laman sosial Facebook miliknya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengurusan restoran berkenaan malam tadi.

Individu yang menggunakan nama profil Ze Aida itu hadir sendiri ke restoran berkenaan dengan ditemani abangnya untuk bertemu dengan Pengurus premis makanan tersebut, Ahmad Fazli Mohammed dan Pengarahnya, Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Wanita berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak berniat untuk menghina restoran berkenaan dan segala-galanya berlaku secara tidak sengaja.

“Kontroversi timbul apabila saya menyalin semula status ditulis seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini.

“Status Facebook saya hanya boleh dibaca sebilangan kecil individu sahaja, namun ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak paparan skrin (screen shot) status saya dan menyebarkannya secara meluas melalui telefon dan internet,” katanya.

Ze Aida berkata, dia membuat telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam bagi menyangkal tuduhan disebarkan sebelum ini serta meminta pihak yang menyimpan salinan paparan skrin tersebut memadamkannya supaya ia tidak disalah tafsir.

Katanya, bagi memenuhi permintaan pengurusan Restoran Nasi Vanggey, dia memohon maaf secara terbuka di atas kesilapannya itu dan menyatakan amat menyesali tindakannya membuat tuduhan tanpa asas dan kebenaran.

“Saya juga berharap perkara ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati apabila meletakkan sesuatu status supaya tidak timbul masalah di kemudian hari,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fazli menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terdapat najis dalam peti simpanan makanan restoran berkenaan.

Katanya, penyebaran berita palsu di Facebook yang memburuk-burukkan restoran popular itu menjejaskan perniagaan mereka sehingga 60 peratus.

“Kami berharap melalui penjelasan dan pengakuan dibuat oleh wanita terbabit akan dapat memulihkan semula keyakinan orang ramai terhadap pengurusan makanan restoran ini,” katanya yang turut mempunyai 10 cawangan tersebut termasuk sebuah cawangan di Kuala Selangor manakala dua lagi sedang dalam proses operasi di negeri ini.

Menurutnya, restoran berkenaan tiada kaitan dengan penutupan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom Khamis lalu.

Beliau berkata, serbuan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) itu bukan sahaja membabitkan satu restoran malah melibatkan 12 restoran lain di sekitar bandar raya ini.